Sunday, October 31, 2010

TARBIYAH : SOLUSI MASALAH SOSIAL


Tarbiyah berasal dari bahasa Arab yang bererti pendidikan, sedangkan orang yang mendidik dinamakan Murobi.

Etimologi

Secara umum, tarbiyah dapat dikembalikan kepada 3 kata kerja yg berbeza, yakni:
   1. Rabaa-yarbuu yg bermakna namaa-yanmuu, ertinya berkembang.
   2. Rabiya-yarbaa yg bermakna nasya-a, tara’ra-a, ertinya tumbuh.
   3. Rabba-yarubbu yg bermakna aslahahu, tawallaa amrahu, sasa-ahuu, wa qaama ‘alaihi, wa ra’aahu, yang ertinya masing-masing memperbaiki, mengurus, memimpin, menjaga dan memeliharanya (atau mendidik).

Friday, October 29, 2010

Menuju Cinta Teratas



Assalamualaikum semua,

Hari ini saya ingin berkongsi solusi berkaitan masalah sosial dalam masyarakat kita. Persoalan yang mungkin timbul di benak anda : Mampukah kita menjaga anak-anak kita terutamanya, agar tidak terlibat dalam masalah sosial ? Katanya ke kelas tambahan, rupanya melencong bersama teman-teman. Jawapannya YA, jika kita sekeluarga melalui jalan menuju CINTA TERATAS. Apakah itu CINTA TERATAS ?

Thursday, October 28, 2010

Pencegahan Secara Holistik

sgs
KOTA BHARU – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Kota Bharu dan Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Kelantan berpendapat bahawa gejala buang bayi yang semakin meningkat dalam masyarakat hari ini berpunca daripada pergaulan bebas dan jenayah zina yang tidak ditangani sewajarnya.

Amanah Lidah dan Pena 2


PENA JUJUR BUKAN PEDANG SI ZALIM
Pena yang amanah bukan seperti pedang si zalim yang mencederakan sesiapa sahaja yang dibencinya. Pena yang amanah bagaikan pedang keadilan yang hanya menghukum yang zalim dan mempertahankan yang benar. 

Amanah Lidah & Pena



Kepetahan dan kefasihan itu tidak dimiliki oleh semua orang. Begitu juga, ketajaman dan ketangkasan pena itu tidak dimiliki oleh semua insan. Bahkan ramai yang fasih lidahnya, tidak lancar pula penanya. Demikian juga, ramai yang lancar penanya namun tidak fasih pula lidahnya.

Hanya insan-insan yang tertentu sahaja yang Allah kurniakan kedua-dua kefasihan lidah dan kelancaran pena. Walaubagaimanapun, samada lidah yang fasih atau pena yang lancar, kesemuanya adalah anugerah Allah swt yang akan dipersoalkan pada hari kiamat kelak. Firman Allah swt :
“Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).” (QS At Takaathur : 8)

Istimewa Untuk Ibu




Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah


Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang


Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

p/s: Alhamdulillah kerana Allah telah menghadiahi ibu yang terbaik untuk saya. Semoga saya juga menjadi anak yang terbaik buat ibu saya. Uhibbuki fillah.

Wednesday, October 27, 2010

Tips Memberikan Nasihat


Assalamualaikum semua.

Ada kalanya anda tentu teringin untuk menasihati seseorang agar menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Tapi, sukar sekali menyusun kata untuk meluahkan apa yang dirasa. Bimbang juga, perubahan yang baik tiada, bahkan membawa sengketa. Jadi, saya ingin sekali berkongsi dengan anda bagaimana cara untuk memberi nasihat yang baik kepada orang lain.

Belajar Ekonomi Dari Al Quran

Islam tidak menggalakkan umatnya untuk membiayai hidupnya dengan berhutang. Berhutang dalam Islam hanya diizinkan bila kita betul-betul menghadapi kesulitan ekonomi yang tidak dapat dielakkan. Itupun, hutang itu hendaklah diusahakan bersumber dari hutang yang terbebas dari nilai-nilai riba. Apakah hal ini diberi perhatian serius oleh pengurusan ekonomi negara dalam pengurusan kewangan Negara? 

Hutang Negara Meningkat



Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang pada Isnin (25 Okt) mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen semalam(25 Oktober).

Tuesday, October 26, 2010

Yahudi Menggenggam Dunia


Jika anda ingin tahu siapa itu Yahudi ? Apa perancangan jahat mereka ? Apa yang mereka lakukan sehingga jatuhnya khilafah Turki Uthmaniyah dan tergadainya negara lain ke tangan mereka ? Siapakah pemilik termuda Bank Inggeris ? Dan pelbagai persoalan yang bermain di benak anda.

Maka buku Yahudi Menggenggam Dunia adalah jawapan kepada pencarian anda selama ini. Buku ini juga mengingatkan kita bahawa dengan hutang yang mempunyai riba bakal menjerut sesiapa sahaja walaupun dia adalah orang istana. Jadi, cepat-cepat uruskan hutang yang ada ye. InsyaAllah.

Jika anda berminat, anda boleh klik pada 'muat turun fail sekarang' pada link ini.

Selamat Membaca.

Salam Juang Buat Sahabat

 

 Assalamualaikum buat semua pejuang umat ini.

Ku titipkan nasyid ini buat menaikkan semangat semua untuk terus tegar di atas jalan Allah. Berjuanglah kerana Allah dan bukan sebaliknya. Di mana pun kita berada, di mana pun posisi kita, siaplah untuk memberi yang terbaik untuk ummat hanya kerana Allah.
Akhir kata, salam jihad untuk semua.

Menakjubkan ! Potret Hidup Insan Beriman


Penulis: DR. A’idh Al-Qarni, MA
Ukuran: 14 x 20 cm ; 144 hal
Kedai Buku : Fajar Ilmu Baru, Jalan TAR, KL.

Menakjubkan! Salah satu kata yang menjadi “brand” untuk menyebutkan pola kehidupan insan beriman, yang sarat akan makna dan hikmah.

Memang jika ditarik pada tataran realitinya, “orang beriman” akan selalu melihat kehidupan ini dengan kacamata positif, sebagaimana gambaran Rasulullah SAW. “Sungguh menakjubkan perilaku orang mukmin. Semua keadaan adalah baik baginya. Jika memperoleh kesenangan dia bersyukur, dan yang demikian itu adalah baik baginya. Perilaku seperti itu hanya ada pada diri seorang mukmin.” (HR. Muslim dan Ahmad)

Dengan gaya mengalir, sederhana dan santai, buku ini mengajak Anda memahami hakikat kebahagiaan sejati sebagai orang beriman. Ini sekaligus meruntuhkan anggapan masyarakat umum, bahawa ukuran kebahagiaan adalah, materi, kedudukan, popularitas dan sebagainya.

Dengan membaca buku ini, anda akan lebih menghargai nikmat yang Allah berikan pada anda saat ini. Anda juga akan mengetahui rahsia untuk menjadi manusia-manusia yang hebat di dunia dan akhirat. 

Manajemen Istri Shalihah



Judul : Manajemen Istri Shalihah, Panduan Muslimah Merancang "Rumahku Surgaku"

Penulis : Muhammad Husain Isa

Tebal : 134 halaman

Penerbit : ziyad
Tahun terbit : 2008


Subhanallah. Dengan membaca buku ini, anda akan merasa ruh baru dalam melaksanakan tugas sebagai seorang surirumahtangga. Buku yang diolah dengan bahasa santai ini akan membawa anda menghargai diri sendiri dan kerja rumah yang kita rasa membebankan saban hari menjadi suatu pekerjaan mulia yang membawa manfaat kepada diri, keluarga dan umat Islam. 

Buku ini juga meningkatkan skill kita dalam menjalankan tugas selaku isteri dan ibu rumahtangga. Ia juga menceritakan bagaimana rutin harian anda mampu menjadi ibadah dan dakwah dalam masyarakat. Islam itukan hebat.

Jika anda berminat, dapatkannya di sini .
panduankelahiran

Monday, October 25, 2010

Tips Istiqamah Mendirikan Solat


Solat adalah tiang agama. Tanpa solat, hidup tak berguna, amal menjadi sia-sia dan rumahtangga porak peranda jadinya. Jadi kepada yang sukar untuk solat 5 waktu, cubalah untuk praktikkan tips yang ingin saya kongsikan ini. Tips ini saya praktikkan sejak saya Tingkatan 1. Semoga kita semua tetap mendirikan solat dalam kondisi apa jua pun.

Jenayah Keganasan Rumahtangga ?



Apakah itu keganasan rumahtangga?
Keganasan rumahtangga bermaksud perlakuan keganasan terhadap pasangan atau bekas pasangan. Ia terdiri daripada fizikal dan ganguan seksual, keganasan pertuturan (maki hamun dan cacian), ugutan, gangguan/pengabaian emosi dan kewangan. Keganasan rumahtangga ,kebiasaannya berulang dan menjadi mangsa lebih teruk dan berterusan walaupun selepas penceraian.

Ini adalah disebabkan pendera ingin terus berkuasa dan mahu mengawal mangsa. Kebanyakkan pendera adalah gulungan lelaki dan mangsa adalah wanita atau kanak-kanak. 

Wahyu Yang Ditolak ?


Assalamualaikum semua,

Ummu Uswah harap kawan-kawan tidak berpandangan negatif dengan tajuk artikel kita hari ini, artikel ini adalah atikel ilmiah yang diambil dari laman web muslimah.or.id yang diteguhkan dengan pelbagai dalil Al-Quran dan Hadis. Syaikh Muqbil bin Hadi al Wadi’i ketika ditanya mengenai hukum berpoligami, apakah dianjurkan atau tidak? Beliau menjawab: “Tidak disunnahkan, tetapi hanya dibolehkan.” (Lihat ‘Inilah hakmu wahai muslimah’, hal 123, Media Hidayah). Jika kita belum siap berpoligami, maka jangan sampai kita menolak wahyu Ilahi. Selamat membaca dan mencerna isinya.

Para pembaca yang semoga dirahmati Allah. Suatu hal yang patut disayangkan pada saat ini. Wahyu yang sudah semestinya hamba tunduk untuk mengikutinya, malah ditolak begitu saja. Padahal wahyu adalah ruh, cahaya, dan penopang kehidupan alam semesta. Apa yang terjadi jika wahyu Ilahi ini ditolak?!

Penderaan Kanak-kanak


Anak adalah insan kerdil yang perlu belajar dari kesalahan untuk membesar menjadi seorang yang sempurna dari segala segi. Kehadiran anak sangat dinanti-nanti, tetapi ramai yang mempersiakannya setelah dia lahir di hadapan mata kita.  Pelangi yang kita harapkan rupanya datang dengan hujan panas yang menghalang banyak aktiviti kita. Terkadang, kita tidak sabar menghadapi kerenah anak sehingga tangan kita seringkali ringgan untuk hinggap di badan mereka. Pada kita itulah cara untuk mendidik, hakikatnya kita kepuasan melepaskan geram. Lihatlah hasil tangan kita setelah mereka dewasa. Dan kitalah sebenarnya telah mencorakkan mereka dengan sedemikian rupa.

Menurut wikipedia, Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.
Penderaan kanak-kanak merupakan satu masalah perubatan dan sosial yang berlaku di seluruh dunia. Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:-

Sunday, October 24, 2010

Seputar Ayat Kursi


Ayat 255 surah al-Baqarah disebut ayat Kursi kerana dalam ayat tersebut terdapat kata “kursi Allah” yang meliputi langit dan bumi. Kata kursi membawa erti: takhta, singgahsana, tempat duduk, kekuasaan, pengetahuan, dan simbol outoriti.
Itulah sebabnya ayat itu di sebut “ayat Kursi” yang melambangkan kekuasaan Allah s.w.t yang meliputi langit dan bumi. Ayat ini sepanjang zaman telah menghidupkan suasana keagamaan umat Islam dari semasa ke semasa. Ayat Kursi begitu popular hingga kaligrafi ayat ini sering terdapat di rumah kaum Muslim. 

Saturday, October 23, 2010

Saya Jadi Cikgu (Bahagian 3)

Assalamualaikum.. Mesti ada yang tertunggu-tunggu sambungan cerita ini. Maaf ye semua.

Cikgu Sekolah Menengah


Masa anak sulung 2 bulan lebih, pihak sekolah SMA Hidayah, Gunung Rapat, Ipoh minta izin dangan abu uswah  supaya ummu uswah boleh jadi guru ganti Biologi kat situ. Abu Uswah tu muallim kat situ. Jadi ummu uswah pun setuju sebab ummu uswah suka sangat subjek biologi.

Disebabkan esok dah mula mengajar, ummu uswah dan abu uswah pun pergi beli pam susu manual. Bercita-cita besar untuk buat stok EBM (Eksklusive Brest Milk). Pam punya pam, dapat 2 oz je, huh penat betul. Esok, pergi sekolah dengan anak sekali. Masa hari pertama masuk kelas, abu uswah yang jagakan kakak hasanah sebab belum cari tempat jagaan untuk anak lagi. Huru-hara juga bila anak nangis kat dalam bilik guru.              

Wednesday, October 20, 2010

Saya Jadi Cikgu (Bahagian 2)


Cikgu TADIKA

Saya pernah traning seminggu jadi cikgu di tadika ABIM. Kira pembantu kepada kelas budak 5 tahun. Tadika ni ada buku teks dia sendiri. Apa yang saya belajar kat sini, doa harian tu elok kalau kita hafal sekali maknanya.

Disebabkan PASTI kat taman saya tinggal tu cikgu dia sakit, saya dan sorang lagi kawan pun mengajarlah kat situ. Ya Allah, ganas juga pelajar kat sini. Suka panjat grill dan duduk atas almari tu. Patutla cikgunya garang juga. PASTI pun ada buku teks dia sendiri. Bila ada buku teks, belajar mesti ada meja dan dan peperiksaan. Muslimat PAS taman tu minta kami mengajar terus kat situ tapi perlu daftar sebagai NISA'. Kami kata, tak pe lah sebab kami ada projek yang lagi bagus.

Tuesday, October 19, 2010

Saya Jadi CIKGU


Alhamdulillah. Hari ini ada kesempatan untuk menceritakan saat-saat saya pula yang jadi cikgu. Happening. Anda pernah jadi cikgu tak ?

Bermulanya Kisah

Saya mula jadi cikgu kepada budak diploma yang sambung Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Multimedia). Umur mereka tua 2 tahun dari saya sebab masa tu saja juga tengah ambil degree yang sama kat UPM. Subjek yang diajar adalah subjek kesukaan saya iaitu C++, tapi sekarang semua kene belajar JAVA. C++ dan JAVA adalah bahasa pengaturcaraan komputer atau bahasa mudahnya, bahasa yang komputer guna untuk buat game, borang dan sebagainya. Susah juga sebenarnya tapi kalau minat, seronok juga tau belajar subjek ni. 

Saya tak suka garang-garang sebab sekadar demo je bukan pensyarah pun. Jadi kita buat kelas jadi happening. Nasib tak kena buli sebab demonya comel je. Pastu...

C.I.K.G.U


Cikgu...

Nama yang tidak asing dari dunia kita. Saya suka cikgu, saya sayang cikgu dan yang pasti, cikgu-cikgu juga sangat sayang pada saya. Ha..ha.. ye ke?

Saya kenal cikgu masa saya mula belajar kat PASTI Kg Laut. Mak cadangkan saya ke PASTI dengan cikgu bila tengok saya mula malas untuk belajar. Jadi, pagi-pagi saya akan ke rumah cikgu untuk ke PASTI bersama-sama. Bila nampak orang gila, saya suka menyorok belakang cikgu. Terima kasih cikgu.

Monday, October 18, 2010

Mini Giveaway @ kakyong[dot]com


Sebagai tanda persahabatan, ummu uswah berbesar hati untuk join GA Kak Yong yang comel ni. Kalau kawan-kawan berminat, klik sini ye.

Dapatkan Sampel PERCUMA - DAH TAMAT

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, http://baranganterpilih.blogspot.com nak bagi SAMPEL PERCUMA kepada 20 orang terawal yang melengkapkan syarat-syarat di bawah. Sebelum tengok syarat-syarat yang senang ni, jom kita tengok apa ke kandungan SAMPEL PERCUMA ni.


Kandungan SAMPEL PERCUMA

1. Serunding Ayam
2. Serunding Ikan
3. Serunding Daging Import
4. Dodol Hijau
5. Dodol Nisan
6. Lain-lain tambahan jika ada budget lebih.
7. Penghantaran pos PERCUMA


Syarat-syarat yang mudah

1. Alamat penghantaran untuk MALAYSIA sahaja. InsyaAllah, kalau ada rezeki, lain kali boleh buka pada negara lain pula. Jangan berkecil hati ye.


3. Sila hantarkan id follower, nama penuh, no tel dan alamat kepada rohana32@gmail.com.

4. Lepas dapat SAMPEL PERCUMA, kawan-kawan diminta untuk menghantar email testimoni dan komen perbaikan kepada rohana32@gmail.com. Testimoni yang benar dan ikhlas je tau. Untuk testimoni ni, ada cabutan bertuah. InsyaAllah. 


Rebutlah peluang ini. Terhad kepada 20 orang sahaja.

Tips Elakkan Diri Dari Zina, Rogol dan Sumbang Mahram

Kes rogol, buang anak, zina dan sumbang mahram adalah kes yang begitu menakutkan. Bagaimanakah anda berjaga-jaga untuk selamat dari menjadi mangsanya ?

1. Selalu berdoa untuk mendapat perlindungan daripada Allah. Sesungguhnya, tiada satu pun yang akan terjadi melainkan dengan izin Allah.

2. Menjaga hubungan dengan Allah. Sentiasa mendirikan solat tepat waktu. Selalu berjemaah di surau atau masjid. Meluangkan waktu untuk bertilawah al-Quran, memahami maknanya dan beramal dengannya.

"Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu," Hadith ke-19 dari kumpulan hadis Imam Nawawi.

Sunday, October 17, 2010

Saat Cinta Berbuah Syurga




“Said anakku, sudah saatnya kau mencari teman sejati yang setia dalam suka dan duka. Seorang teman baik yang akan membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang mampu kau ajak bercinta untuk syurga.”

Saturday, October 16, 2010

Manfaatkan Cuti Bersalin Anda

Alhamdulillah dan tahniah kepada para ibu penjawat awam yang dengan seizin Allah diberi hadiah oleh kerajaan untuk cuti bersalin selama 90 hari. Kepada bakal ibu, apa kata anda menelaah buku ini sebagai persediaan sebelum menghadapi cahaya mata.




Pendidikan Seks : Apa pendapat saya ?


Kenapa dinamakan pendidikan seks ?

Ramai yang kurang bersetuju apabila nama pendidikan seks digunakan untuk membahas isu ini. Rasa tabu kian menebal tatkala menyebutnya. Isu ini kian hangat apabila kerajaan ingin agar ianya diajarkan di sekolah-sekolah untuk membendung masalah sosial yang kian meruncing. Kenapa ia dinamakan pendidikan seks dan bukan pendidikan fiq, pendidikan islam, pendidikan biologi dan sebagainya ? Begitulah soalan yang hangat diperkatakan.

Manfaatkan Pergaduhan


Saat kita bergurau senda dan berlawak jenaka, tiba-tiba pergaduhan tercetus juga. Itulah kebiasaan yang terjadi sepanjang kita bersama-sama menjalani hidup ini. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Tapi sebenarnya bukan suami isteri sahaja yang bergaduh, kawan-kawan, ibubapa, anak-anak, bos-pekerja dan sebagainya. Persoalannya bagaimana kita ingin memanfaatkan pergaduhan tadi ?

Friday, October 15, 2010

Aktiviti Menarik Ketika Mandikan Anak

foto dari sini

Segelintir anak akan menangis bila tiba waktu untuk dimandikan. Masalah ini datang dari rasa fobia dengan sesuatu yang tidak diingini anak ketika mandi seperti sabun yang masuk ke mata, tergelincir di bilik air, lemas dan sebagainya. Kenangan yang menakutkan itu akan menjelma setiap kali masa mandi tiba. Jika masalah seperti ini timbul, ibubapa perlu berusaha agar mandi menjadi suatu aktiviti yang menarik.

Thursday, October 14, 2010

Tips Ajar Anak Gelak



Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua.

Wah seronok rasanya bila melihat anak-anak ketawa keriangan. Hilang segala keletihan, terubat segala kepenatan. Tapi tahukah anda bagaimana membuatkan anak-anak ketawa ?

Suatu ketika dahulu, anak saya Uswatun Hasanah seorang yang tidak tahu bagaimana untuk gelak. Mungkin kesan stress ummi masa mengandung dan di awal usianya (kerja dll). Maklum la ibu muda. Anda akan kecewa membuat lawak dengan anak kecil ini, kerana dia akan memandang anda dengan muka kehairanan.

Wednesday, October 13, 2010

Luahan Rasa Rakyat Malaysia

Tutorial : cara download youtube

you tube Bagaimana cara download youtube


Assalamualaikum, artikel ni didapati masa saya berblog walking di sini. Semoga bermanfaat untuk semua.

Secara asasnya, video di Youtube berformat dalam bentuk .flv, salah satu format keluaran Flash yang boleh ditonton menggunakan FLV Player. Bagi membolehkan video ini ditonton selepas didownload, kita memerlukan FLV Player untuk memainkannya, atau melakukan pertukaran kepada format lain yang boleh dimainkan oleh Media Player.

Friday, October 8, 2010

iklan nuff


Alhamdulillah.

Baru perasan dapat iklan dari nuff. Terima kasih kepada pihak nuff dan semua kawan-kawan.

Semoga kita menulis yang pertamanya diniatkan ikhlas kepada Allah. Menulis untuk memberi informasi kepada mereka yang memerlukan adalah sebuah kebahagiaan buat saya.

Menjadi penyebab hidayah Allah dek kerana membaca post saya juga sangatlah mengembirakan hati saya. Saya suka menulis dari hati agar ia juga terkesan pada hati-hati yang membacanya.

Akhir kalam, saya berdoa kepada Allah, agar selalu mengikhlaskan setiap saat amal kita hanya kerana Allah. Dialah yang Maha kaya, yang pasti akan memakbulkan segala doa. Yang paling tahu yang mana yang paling baik untuk kita.

Syukurku padaMu Ya Allah.

Tutorial : 'read more'


Sholatlah Anakku


Solat adalah tiang agama, melecehkan solat akan memberi impak negatif kepada agama dan akhlak seseorang. Maka, ajarilah anak sejak kecil untuk mencintai solat. Teringat saya pada kisah ibnu Umar yang menceritakan kisahnya yang solat malam bersama baginda Rasulullah. Sehingga apabila ibnu Umar dewasa, dia tumbuh menjadi sosok panutan umat.

Betapa, anak kecil yang dididik dengan agama akan menjadi tokoh terbilang yang bermanfaat untuk umat manusia. 


Thursday, October 7, 2010

Petua Agar Anak Menyukai Sayur dan Buah


Tips-tips berguna untuk kita kongsi agar anak-anak menjadi penggemar sayur dan buah macam kakak Hasanah.


Inni Akhafullah


Hari ini saya ingin menyegarkan kembali cerita yang mungkin pernah kita dengar dahulu.


Cerita 1 : Di Manakah Allah ?

Tatkala Umar Al-khattab berjalan di padang pasir bersama pembantunya, mereka menemukan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mengembala kambing.

Tuesday, October 5, 2010

Cerita Budak Sekolah 2

Apa yang dapat anda lihat pada gambarajah di atas ?
a) 1 titik hitam
b) 1 titik hitam pada kawasan berwarna putih
c) kawasan berwarna putih

Cerita Budak Sekolah


Zaman persekolahan adalah zaman yang menyeronokkan untuk dikenang setelah melaluinya dengan susah payah. Buku, latihan, cikgu, denda, kawan dan sebagainya adalah rencah zaman persekolahan. Senda gurau dan sakat menyakat adalah perencah tambahan.

Tapi sayang, yang tersisa sekarang mungkin banyaknya pada kenangan tapi kurang pada ilmu yang dipraktikkan. Dari tadika hinggalah ke universiti, rasanya bertimbun buku yang sudah kita pelajari. Dari ilmu dunia sampailah ke ilmu akhirat. Alhamdulillah, sekolah kita masih mengajar pendidikan Islam tapi sayang ramai pelajarnya sekadar menghafal untuk peperiksaan. 

Kesan Negatif Kelalaian Ibubapa Terhadap Anak-anak


Soalan:
Jelaskan beberapa efek negatif yang timbul dikarenakan kedua orang tua sibuk hingga tidak sempat memperhatikan pendidikan agama anak-anak mereka!

Cloth Diapers Sesuai Untuk Ibu Bekerja





Cloth diapers sangat sesuai untuk ibu yang bekerja sepenuh masa jika anda merancang dan mengurus dengan baik. Menggunakan cloth diaper adalah langkah yang paling bijak untuk kekal sihat dan greeniest option. Ramai ibu-ibu yang bekerja menganggap cloth diapers hanya sesuai untuk ibu yang bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa. Tanggapan ini jauh meleset. Dengan hanya sedikit kerjasama dari pengasuh anak anda, sedikit pengurusan dan bekalan diapers yang cukup, ibu yang bekerja juga sudah pasti boleh menggunakan cloth diaper untuk si manja.

Apa Kelebihan Cloth Diapers ?



Kenapa pilih cloth diapers? Ada banyak sebab. Cloth diapers lebih lembut pada kulit bayi anda. Cloth diapers juga bebas daripada sebarang bahan kimia yang terkandung di dalam disposable diapers.


Kenapa Cloth Diaper Bocor??


Okay, Ini antara faktor-faktor utama yang mendorong berlakunya kebocoran:
  1. Ibu-ibu tidak buat Prewash sebelum guna / tidak cukup prewash sekurang-kurangnya 2 kali (lebih banyak prewash, lebih baik): Adalah sangat penting untuk prewash new diapers. Ideally, it should be washed 2 times before using to attain good absorbency (lebih daya serapan). Sesetengah orang mencadangkan cuci dengan air suam, tapi kalau air sejuk pun tak pe... prewash juga dapat buang sisa2 dari kilang... Biasanya kalau beli baju baru pun kite cuci dulu sebelum guna kan??
  2. Cloth Diaper longgar atau saiz yang dipakaikan pada baby tidak sesuai. Bile CD yang dipakaikan longgar, CD tidak akan rapat di bahagian pangkal paha, jadi weewee boleh keluar melalui ruang yg terbuka. Tapi jangan la sampai terlalu ketat...Kesian baby..
  3. Pemakaian yang lama (lebih dari sepatutnya)/kapasiti yg sudah maksimum. Seelok-eloknya 1 insert (daytime usage) dipakaikan untuk 4-5jam while 2 insert (nighttime usage) boleh tahan sampai 7-8jam. Kalau baby jenis heavy wetter/wee wee dalam kuantiti yang banyak, perlu lebih kerap tukar. Bila cd dipakaikan terlalu lama dan kapasiti dah mencapai tahap maksimum, insert dah tak dapat menyerap kebasahan lagi.sebab tu la berlakunya kebocoran.
  4. Ada mendapan sabun pada insert/cloth diaper (masih ada sisa sabun pada cloth diaper). Ini boleh berlaku kerana semasa cucian, kuantiti sabun yang dimasukkan terlalu banyak (guna sabun 1/4 sahaja dari kuantiti yg dicadangkan untuk mencuci cd) atau tidak dibilas dengan bersih (nak make sure cd dibilas dengan bersih, buat extra rinse selepas habis cucian dgn menggunakan air yg lebih).
  5. Tidak buat strip wash/ jarang buat strip wash. Strip wash perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali.
  6. Penggunaan nappy cream. ini kerana nappy cream mengandungi unsur minyak, minyak yang terkena pada lapisan dalam cd akan menjadikannya kalis air dan tidak dapat menyerap basahan.
  7. Penggunaan sabun yang tidak sesuai. Jenis sabun yang bnyk mengeluarkan buih, mengandungi unsur softerner/ada unsur minyak yg akan meninggalkan bekas/ mendapan/ lapisan (built-in residue) pada Cloth Diaper dan insert. 
Kesimpulannya, jika berlaku kebocoran, cube semak semula faktor-faktor yang menyebabkan cloth diaper boleh bocor dan cuba perbaiki kesilapan.

Berapa Banyak Diapers yang Diperlukan ?


BILANGAN DIAPERS yang anda perlukanbergantung kepada umur bayi andadan berapa kerap anda merancang untuk mencuci diapers. Anda memerlukan semakin kurang diapers apbaila si manja anda kian membesar.

Sesetengah jenis diapers memerlukan anda menukar dengan lebih kerap. Sebagai contoh, pocket diapers mempunyai penghadang kelembapan antara si manja dengan insert penyerap.

Ini bermakna, anda boleh kurang menukar kecuali diaper tersebut kotor.
Jika si manja anda membuang dengan lebih kerap/dalam kuantiti yang banyak, anda boleh tingkatkan serapan dengan menggunakan 2 insert.

Sudah tentu anda boleh mempunyai jenis-jenis diapers yang lain seperti fitted diapers atau all in one diapers untuk memudahkan pengasuh atau ahli keluarga lain yang belum biasa dengan cloth diapers.Ini juga sebagai back up in case anda tak berpeluang nak buat cucian atau jika si manja anda sakit.

Jika anda tidak mampu untuk membeli diapers sekaligus, anda boleh mula dengan membeli beberapa helai sebagai cubaan pertama dan tambahkan lagi pada bulan seterusnya.
Berikut merupakan bilangan cadangan diapers yang diperlukan:

Jenis Cucian
Harian
Setiap 2 hari
Setiap 3 hari
Dari lahir hingga 6 Bulan.
10-12
20-24
30-36
6-12 Bulan
8-10
16-20
24-30
12-24 Bulan
6-8
12-16
18-24
Potty Learning
2-4
4-8
6-12


Pocket diapers dan all in one diapers tidak memerlukan covers. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 1 insert untuk day time pocket diaper dan 2 insert untuk setiap night time diaper.

Cucian Cloth Diaper



Bagaimana untuk mencuci cloth diapers
Jika anda menggunakan cloth diapers lambat laun anda perlu mencucinya. Jangan risau, anda BOLEH mempunyai diapers yang bersih dan segar dengan usaha yang sedikit. Mencuci cloth diapers perlukan jagaan yang lebih sedikit berbanding mencuci baju, tetapi anda akan dapati ia mudah bila anda dah biasa dengan rutinnya menggunakan sabun yang berkesan. Untuk mendapatkan rutin yang sesuai, mulakan dengan beberapa langkah asas kemudian boleh cuba variasi yang lain untuk sesuaikan dengan keadaan, jadi pastikan pilih cucian yang terbaik untuk anda. Saya juga sertakan beberapa tips untuk diikuti sebagai tambahan agar cucian cloth diapers anda menjadi lebih mudah!

Adakah anda tahu cara yang betul cuci cloth diapers?
Jika anda tanya bagaimana untuk cuci cloth diapers pada 10 keluarga, anda mungkin akan mendapat Sembilan jawapan yang berbeza. Apa yang sesuai untuk satu keluarga mungkin tidak sesuai untuk keluarga yang lain, jadi bagaimana untuk anda tahu rutin cucian mana yang paling sesuai untuk anda? Sebenarnya, cara yang “betul” untuk mencuci cloth diapers adalah bergantung kepada apa jenis diapers yang anda ada, apa jenis air yang anda ada (panas/sejuk), apa jenis sabun cucian yang anda ada, apa jenis washing machine yang anda ada (front loading/top loading) dan sebagainya.

Bagaimana Mencuci Cloth Diapers – Diapers yang Baru
Saya tahu anda pastinya tak sabar nak cuba cloth diapers pada anak anda. Tapi sebelum tu, luangkan sedikit masa untuk baca tips berikut:
• Cuba diaper baru sebelum memulakan cucian. Alas dengan kain atau wipes yang kering sebagai penghalang agar diaper bersih. Ini untuk pastikan yang diaper tersebuat muat/padan untuk anak anda.
• Jika ada sebarang tanda pada cloth diapers, hanya tanggalkan dengan air sejuk yang bersih.
• Keluarkan inserts dari pocket diapers.
• Cuci cloth diaper beberapa kali untuk menanggalkan bahan kimia tersisa dan untuk meningkatkan daya serapan cloth diaper.

Bagaimana Mencuci Cloth Diapers – Cucian Asas
Ini adalah cucian yang asas. Ikuti langkah-langkah ini dan anda akan dapati ia permulaan yang bagus.
1. Buang sebanyak mungkin najis yang kelihatan ke dalam mangkuk tandas jika anak anda tidak breasfeed sepenuhnya. Sesetengah orang menggunakan liner di dalam cloth diaper untuk memudahkan bahagian ini.
2. Pastikan cuci(prewash) dan bilas(prerinsing) dengan tangan cloth diapers sebelum masukkan ke dalam baldi.
3. Masukkan diapers yang telah dicusi ke dalam baldi.
4. Cuci cloth diapers setiap 2-3 hari untuk elakkan bau dan kotoran degil.
5. Masukkan ke dalam washing machine. Pilih water level yang maksimum.
6. Gunakan hanya ¼ daripada amaun yang disyorkan oleh pengeluar sabun. Sebaiknya gunakan sabun cuci biasa yang tidak mempunyai bahan peluntur dan bahan kimia terlampau.
7. Lakukan bilasan tambahan (extra rinse)
8. Sebelum jemur, periksa cloth diaper jika kelihatan kotoran degil yang masih belum tanggal.
9. Jemur di bawah cahaya matahari adalah yang terbaik.

Bagaimana Mencuci Cloth Diapers – Kepelbagaian Cucian
Cubalah salah satu cara berikut sebagai variasi kepada cucian diapers anda. Jika yang pertama kurang, cuba cara yang lain pula.
• Campurkan sedikit baking soda ke dalam rinse pertama washing machine anda untuk menghilangkan bau dan membantu menanggalkan kotoran.
• Guna 1/2 sehingga 1 cawan cuka pada bilasan terakhir untuk melembutkan diapers dan menghilangkan bau..
• Cuba campurkan 1/2 cawan jus lemon ke dalam kitaran cucian washing machine untuk membantu menanggalkan kotoran.
• Beberapa titik Tea Tree Oil boleh digunakan pada bilasan terakhir untuk membantu menghilangkan bau.

Tips Semasa Mencuci Cloth Diapers
• Jika washing machine anda mempunyai presoak cycle, cuba gunakan. Ia membantu untuk menanggalkan kotoran sebelum cucian sebenar.
• Jika kotoran dari najis tak nak tanggal, jangan risau. Cuma perlu masukkan sedikit Baking Soda ke dalam cucian dan pastikan jemur di bawah sinar matahari.
• Matahari adalah penanggal kotoran yang terbaik.
• Jauhkan baldi yang berisi cloth diaper dari kanak-kanak.
• Elakkan sabun cuci yang mempunyai haruman terlampau yang boleh menyebabkan kegatalan pada kulit bayi yang sensitif.
• Elakkan fabric softener kerana boleh mengurangkan daya serapan.
• Elakkan mencuci terlalu banyak cloth diaper dalam satu-satu masa. Memadai dengan 2 dozen (24 keping) cloth diaper, jika anda inginkan cucian yang bersih.

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com