Friday, December 23, 2011

Kempen Jom Dirikan SOLAT (Sticky Post)

Assalamualaikum semua,

Ummu Uswah ingin menyeru semua pembaca untuk menyertai Kempen Jom Dirikan SOLAT.  Pembaca boleh menulis satu entri berkaitan solat di blog masing-masing dan tinggalkan link di bahagian komen entri ini untuk dikongsi bersama pembaca yang lain.

Anda juga boleh membaca berkaitan solat melalui link berkaitan di bawah. Selamat membaca dan selamat beramal.




Thursday, December 22, 2011

Anak-anak

Alhamdulillah. Fadhilah dah berhenti menyusu badan pada usia 1 tahun 11 bulan. Dia sempat tandem nusing dengan adik Alia 1 bulan. Sekarang Fadhilah dah mula toilet training. Stakat 3 hari ni, sekali je dia 2 kali je dia terkencing dalam seluar pada hari pertama. Sekarang dah boleh buang air besar dan kecil kat tandas. So far, kakak Hasanah banyak membantu umi jaga Alia dan Fadhilah.

Alia hari ini berusia 53 hari, nampaknya dia dah boleh meniarap sendiri semalam. Umi harap muak Alia kian berkurang. Umi juga kene jaga makan supaya perut Alia tak meragam. Kalau tak, kesian umi dan abi kene stay up untuk jaga Alia malam-malam.

Menjaga 3 orang anak perempuan berusia 3 tahun 9 bulan, 1 tahun 11 bulan dan 1 bulan lebih cukup memenatkan terutama bila ketiga-tiga sekali gus meragam masa abi kerja. Jadi umi perlu lebih ikhlas dan sabar dalam mendidik anak-anak umi. Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Amin.


Monday, December 19, 2011

Siapa Penjaga Anda ?

Siapa yang menjaga anda saat ini ? Siapa pula yang menjaga anak-anak anda ketika anda bekerja ? Siapa yang menjaga pasangan anda yang berkerja di perantauan ? Ramai dari kita yang meletakkan orang yang untuk menjaga seseorang yang lain. Tapi pernah atau tidak kita meletakkan Allah sebagai penjaga diri kita dan orang lain yang kita sayangi selain orang yang kita amanahkan untuk menjaganya.

Kita tahu bahawa pengetahuan Allah lebih luas melebihi kita. Kawalan dan kehendak Allah lebih hebat berbanding kita. Kita tidak akan mampu mengawal apa yang berlaku pada apa yang masuk ke badan kita melalui mulut kita sendiri, jadi bagaimana mungkin kita mampu menjaga orang lain yang jauh dari penglihatan kita.  Lalu, mulai sekarang letakkanlah Allah sebagai penjaga kita kerana Dialah sebaik-baik penjaga.

Thursday, December 15, 2011

Bantuan Rakyat 1 Malaysia - Ramai yang MENIPU ?


Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia telah pun dihantar kembali kepada ketua kampung atau LHDNM. Demi mendapatkan RM500 yang dijanjikan kerajaan ramai daripada rakyat Malaysia yang menipu. Ada yang dah kawin tapi mengaku bujang, ada yang memasukkan nama ibubapa yang telah meninggal sebagai tanggungan, menyatakan gaji yang tidak benar dan sebagainya demi memastikan mereka layak menerima wang bantuan.

Belajarlah untuk berlaku jujur pada diri anda sendiri. Duit halal yang didapati dengan menipu akan menjadi haram. Inikah yang bakal masuk ke mulut anda sekeluarga ? Tepuk dada, tanyalah IMAN.

Monday, December 12, 2011

SEMINAR TRANSFORMASI PENDIDIKAN ISLAM



Pendidikan penuh cabaran.

Ia membentuk manusia, sama ada kepada menjadi manusia yang benar kemanusiaannya, atau hilang kelebihan diri yang asalnya sudah bergelar Khalifah.

Menerima Islam sebagai titik mula dan fondisi utama pendidikan, sudah pun sedia diterima di dalam masyarakat.

Kemunculan sekolah-sekolah agama, sama ada sekolah kerajaan mahu pun swasta, sangat memberangsangkan.

Sekolah-sekolah ‘bukan agama’ dan sains juga menyediakan pelbagai program untuk tidak ketinggalan pada melengkapkan diri dengan keperluan agama.

Sejauh manakah kita telah berada di landasan yang tepat untuk mencapai apa yang diidamkan?
Apakah dengan menghasilkan seorang jurutera yang juga hafiz 30 juzuk al-Quran, maka protege Ibnu Sina dan al-Farabi sudah terhasil?

Bagaimanakah kita menilai pencapaian dan keberkesanan apa yang dinamakan sebagai pendidikan Islam.
Di era sekularisasi nilai dan materialisma, dan digital ini, bagaimanakah manusia boleh kekal berseni untuk benar-benar memiliki upaya mencerap keseluruhan dimensi ilmu?

Ibu bapa mahu memilih sekolah yang bagaimana untuk anak mereka?
Jika ada badan korporat yang mahu menaja pembiayaan sebuah sekolah agama baru, apakah yang perlu dipertimbangkan tentang hala tuju, isi kandungan dan pendekatan yang menterjemahkan visi serta misi sekolah itu?

Persoalan-persoalan ini adalah di antara fenomena yang bakal disentuh di dalam SEMINAR TRANSFORMASI PENDIDIKAN ISLAM anjuran Akademi Sinergi. Bertemakan “Sekularisasi Nilai dan Solusi Islam”, seminar ini akan menyediakan platform bagi Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Synergy Training & Consulting), Tuan Fazrul Ismail (Total Success Training & Consultancy) dan Ustaz Mohd Hasni Mohamed (Pengetua Sekolah Menengah Islam al-Amin, Gombak) untuk mewacanakannya dari perspektif yang pelbagai.

Terbuka kepada orang ramai, program yang mensasarkan ibu bapa, warga pendidik, kumpulan pendidik sokongan yang terbabit dalam program-program remaja dan aktivis ini bakal berlangsung pada 18 Disember 2011 di Universiti Putera Malaysia.
Untuk keterangan lanjut, layari AKADEMI SINERGI dan mendaftar segera untuk mendapatkan tempat anda.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra

Jangan Pernah Jemu

Jangan pernah jemu menjaga Allah kerana Allah tidak pernah jemu menjaga kita. Jangan pernah jemu bersangka baik dengan Allah kerana Allah selalu inginkan yang terbaik untuk kita. Jangan pernah jemu berterima kasih kepada Allah kerana kasih Allah tiada hujungNya. 

Wednesday, November 30, 2011

Perancangan Keluarga



Kenapakah saya perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga?
Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut.

Masa yang sesuai untuk wanita mempunyai anak:
• Berumur diantara 20 dan 35 tahun
• Mempunyai anak kurang dari 2-3 orang
• Kelahiran anak terakhir 2-3 tahun lalu
• Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
• Pasangan ingin mempunyai anak

Ibu dan bayi adalah berisiko jika faktor-faktor diatas tidak di penuhi. Dari itu wanita adalah digalakkan mengamalkan kaedah perancang keluarga.

Apakah kaedah-kaedah perancang keluarga yang ada?
1. Kaedah semulajadi
o Kaedah masa subur
o Suhu badan asas
o Kaedah cairan dan lendiran faraj
o Kaedah gabungan
o Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan

2. Kaedah halangan
o Kondom
o Topi servik
o Diafram

3. Hormon
o Pil
o Implan
o Suntikan

4. Alat dalam rahim

5. Kaedah kekal
o Ikatan tiub fallopian/peranakan
o Pembedahan mengikat saluran mani lelaki

Apakah faedah merancang keluarga?
Faedah-faedahnya termasuklah:
• Meningkatkan kualiti hidup wanita, pasangan dan anak-anak
• Membantu wanita merancang dan menjarakkan kehamilan untuk kesihatan ibu dan anak yang lebih baik
• Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak di ingini
• Untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi
• Merancang keluarga membaiki kesejahteraan keluarga

Apakah kaedah yang sesuai untuk saya?
Anda perlulah menentukan kaedah yang paling sesuai untuk anda dengan bantuan anggota kesihatan.
Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum memilih kaedah perancang keluarga:
• Umur wanita tersebut
• Taraf kesihatan
• Keberkesanan kaedah
• Kaedah yang disukai individu
• Kaedah yang terdapat di klinik

Bagaimana untuk saya tahu yang saya tidak hamil sebelum memulakan perancang keluarga?Sebelum memulakan perancang keluarga, anda harus memastikan anda tidak hamil.
Wanita tidak hamil jika beliau tidak mempunyai tanda-tanda kehamilan dan mempunyai kriteria seperti di bawah:
• Dalam masa 7 hari selepas haid normal
• Dalam masa 7 hari selepas keguguran
• Dalam masa 4 minggu selepas kelahiran untuk ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi
• Ibu-ibu yang menyusukan anak dalam masa 6 bulan kelahiran dan belum lagi turun haid
• Belum lagi melakukan seks sejak haid terakhir

Sekiranya kehamilan belum lagi dipastikan, anda perlu :
• melakukan ujian kehamilan air kencing atau
• tunggu sehingga haid berikutnya (kondom dan penggunaan bahan pembunuh sperma boleh digunakan sementara menunggu haid berikutnya)

Bilakah kaedah perancang keluarga perlu dimulakan?
1. Hormon (pil)
o Wanita tidak hamil- bila-bila masa, terutamanya dalam masa 7 hari
o Selepas keguguran- mulakan serta merta
o Selepas kelahiran :-
􀂃 Jika tidak menyusukan bayi-mulakan 3 minggu selepas melahirkan
anak
􀂃 Jika menyusukan bayi- mulakan 6 bulan selepas melahirkan anak atau
lebih awal jika berhenti menyusu atau digantikan dengan susu formula

2. Suntikan hormon
o Mulakan dalam masa 7 hari haid
o Mulakan serta merta selepas keguguran
o Selepas kelahiran
􀂃 Sekiranya tidak menyusu-serta-merta selepas melahirkan anak
􀂃 Jika menyusukan bayi-6 minggu selepas melahirkan anak

3. Alat dalam rahim
o Semasa haid
o Serta merta selepas keguguran
o 6-8 minggu selepas kelahiran sebelum memulakan hubungan seks
4. Kaedah kekal
o Wanita (Ikatan tiub fallopian/ tiub peranakkan)
􀂃 serta-merta selepas melahirkan atau
􀂃 6 minggu selepas melahirkan atau
􀂃 Semasa pembedahan kelahiran/ Caesar atau
􀂃 Bila-bila masa
o Lelaki (Vasektomi)
􀂃 Bila-bila masa

Adakah kaedah perancang keluarga yang digunakan semasa kecemasan berkesan untuk mengelak kehamilan
Keberkesanan Pil perancang yang di gunakan semasa kecemasan ialah 75% manakala
keberkesanan Alat dalam rahim pula adalah 99.9% untuk mengelak kehamilan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlupa mengambil pil kombinasi hormone paket 21 (seperti Marvelon, Nordette) ?• Lambat memulakan
o Tidak melakukan seks atau menggunakan kondom atau gunakan bahan
pemusnah sperma sehingga anda mengambil turutan 7 pil.

• Terlupa 1 pil
o Ambil serta-merta dan sambung yang lain seperti biasa.

• Terlupa 2 atau lebih pil
o Gunakan kondom untuk selama 7 hari
o Ambil pil hormon
o Kira berapa bilangan pil hormone yang masih tinggal dalam paket, jika 7 biji atau lebih, makan pil yang tinggal seperti biasa. Jika kurang dari 7 pil hormone yang tinggal, makan baki pil yang tinggal itu seperti biasa dan mulakan paket baru pada hari esoknya.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tertinggal pil hormone progestin ? (cth, Noriday)Ambil pil terakhir yang tertinggal serta-merta. Elakkan seks. Sambung mengambil pil berikutnya seperti biasa. Jika tidak dapat mengelak dari melakukan seks, gunakan kaedah perancang yang lain selama 48 jam.

Sekiranya tiub fallopian/ peranakan saya telah diikat?
Kaedah pembedahan adalah kaedah kekal dan pembedahan untuk membukanya dapat dilakukan tetapi mungkin tidak akan berjaya.

Di manakah saya boleh mendapat khidmat bantuan untuk perancang keluarga?
Khidmat Perancang Keluarga terdapat di semua Klinik Kesihatan Kerajaan, Klinik Lembaga Pembangunan dan Kependudukan Negara (LPPKN) dan Klinik Pertubuhan Perancang Keluarga.

Bahan Rujukan
• WHO 1998 Health workers' manual on FAMILY PLANNING OPTIONS
• KKM 21-22June 2001 Family Planning program guideline
• WHO 2002 Selected practice recommendations for contraceptive use
• The National Women's Health Information center Nov 2002 Emergency
Contraception

panduankelahiran

Wednesday, November 23, 2011

Penceraian

Penceraian adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah. Kenapa Allah menghalalkannya ? Kenapa pula paling dibenci  jika ianya halal ? Pengalaman saya menghadapi realiti penceraian insan-insan di sekitar menyebabkan saya memahami secara telus kenapa ia perkara halal yang paling dibenci Allah.
Seboleh-bolehnya penceraian cuba dielakkan dalam setiap perkahwinan. Kenapa ? 

Setelah bercerai, kebanyakan suami akan mula mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah dan perhatian kepada anak-anak yang sedang membesar. Lebih-lebih lagi jika suami mempunyai keluarga baru. Jadi isteri perlu bekerja keras untuk menampung beban belanja yang kian bertambah. Kesibukan isteri akan menyebabkan anak diabaikan. Anak-anak akan memberontak dengan tekanan yang diterima oleh mereka sehingga terlibat dengan masalah sosial seperti dadah, rogol, buang bayi, merempit dan sebagainya. 
Masalah yang tercetus menimbulkan kemarahan ibubapa kepada anak-anak yang dikatakan tidak tahu menilai penat lelah mereka menari rezeki. Sedangkan anak-anak mulai membenci ibubapa yang seringkali mengabaikan mereka. Mereka mendapat gambaran peranan ibubapa yang salah dalam mendidik anak-anak. Apabila anak-anak mulai berkeluarga mereka juga meniru gaya ibubapa mereka yang salah dalam membesarkan anak-anak.

Amat sedikit anak-anak yang menjadi mangsa penceraian ibubapa mampu untuk berfikir secara rasional dan berusaha menjadi anak dan ibubapa yang baik setelah mereka berumahtangga. Hakikatnya, walau selama mana pun masa berlalu, calar di hati anak-anak terhadap apa yang mereka lalui di zaman kanak-kanak dan remajanya akan terus kekal hingga ke akhir hayatnya.

Banyak lagi kesan negatif yang akan dirasai oleh mereka yang bercerai dari segi ekonomi, emosi dan sosialnya. Namun Allah tetap menghalalkan penceraian sebagai solusi terakhir bagi sebuah perkahwinan yang tidak dapat diselamatkan lagi. Kenapa ?

Kerana mungkin dengan penceraian itu, pasangan yang bercerai akan menemui pasangan yang lebih dapat menerima mereka seadanya dan memenuhi tanggungjawab yang sebelum ini terabai. Penceraian juga menyelamatkan pasangan yang didera secara fizikal dan emosi. Ia memberi satu nafas baru untuk isteri dan suami memulakan hidup baru mengikut haluan yang terbaik untuk diri mereka.

Jadi, belajarlah untuk menjadi pasangan yang terbaik untuk suami/isteri anda. Kita bercinta bukan sekadar di dunia tapi hingga ke akhirat sana. Terimalah setiap yang berlaku dengan redha kerana pasti ada hikmah yang tidak kita ketahui di sebaliknya. Kepada yang masih bersama, semoga berkekalan selamanya dan kepada yang terpisah, semoga ia adalah keputusan yang paling tepat yang anda putuskan dalam hidup anda.
panduankelahiran

Thursday, November 10, 2011

Alia Khairiyah

Alhamdulillah.Ana selamat melahirkan Alia Khairiyah binti Muhammad Farid seberat 2.9kg pukul 11.37pm 29 okt 2011 di Hospital Tumpat, Kelantan.

Wednesday, October 26, 2011

Bijak Mengawal Emosi

Emosi adalah reaksi perasaan kita terhadap sesuatu atau seseorang. Bijak mengawal emosi adalah faktor kejayaan seseorang dalam kehidupan. Namun, mengawal emosi tidak semudah mengawal kenderaan di jalanan.

Hakikatnya, hidup tidak selalunya seperti yang kita harapkan. Tekanan wujud di mana-mana sahaja sehingga menyebabkan kita hilang kawalan terhadap emosi sendiri. Emosi yang berlebihan seperti marah yang seringkali membawa kepada tindakan yang kriminal seperti penderaan, buang bayi dan sebagainya.

Rasulullah saw sendiri menasihati seorang sahabat untuk tidak marah dalam menghadapi sesuatu yang kita kurang senangi. Pelbagai tips diketengahkan yang mungkin kita boleh praktikkan.

a) istigfar saat anda sedang marah
b) lari dari tempat yang menyebabkan anda marah
c) berwuduklah
d) cuba tersenyum
e) elakkan bercakap atau melepaskan kemarahan pada barang atau orang
f) menerima kekurangan atau kelemahan orang lain
g) belajar memaafkan

dan banyak lagi...

Saya juga selalu berdoa agar dicurahkan kesabaran dalam menghadapi hari-hari mendatang. 

Tuesday, October 25, 2011

Isteri Berkerja atau Suri Rumah ?


Kerja apa ? Itulah soalan yang wajib anda jawab setiap kali bertemu dengan individu baru. Tidak sekadar mereka, anda juga mengajukan soalan yang sama kepada seseorang yang anda baru kenali atau temui. Kerja apa?

Jika anda jawab, "tak kerja." "Oh, sayangnya. tambah-tambah lagi jika lulusan universiti." Itulah sebahagian pandangan masyarakat yang perlu anda telan.
Antara bekerja atau tidak, ada kelebihan dan kekurangan yang perlu anda hadapi seperti pengurusan kewangan, pengurusan rumahtangga dan anak-anak serta kuasa berbelanja. Makanya, fikirkan dengan matang bersama pasangan anda, apa yang terbaik untuk kehidupan anda sekeluarga.

Tentunya ibu yang bekerja perlu berkorban lebih untuk memastikan kerjaya, suami dan anak-anak berada dalam kondisi yang selesa dan tidak terabai. Nampak agak ideal tapi hakikatnya, pasti akan ada yang pincang dalam keterbatasan anda dengan kesibukan dan tanggungjawab yang kian menggunung.

Cadangan saya, jangan bekerja hanya sekadar untuk mendapat gaji semata-mata kerana ia cukup memenatkan. Gaji anda akan habis sebelum anda mendapat gaji yang seterusnya. Bekerjalah kerana Allah dan ingin memberi sesuatu kepada orang lain. Cintailah kerjaya anda sehingga anda merasa bahagia  apabila anda bekorban kerananya.

Dan adalah lebih baik jika anda mencintai apa jua yang anda lakukan setiap saat dengan ikhlas agar anda mampu tersenyum bahagia walaupun anda tertidur kepenatan. Esoknya, anda akan bangun dengan senyuman untuk meneruskan rutin yang membahagiakan anda. Itulah hadiah yang paling bermakna buat diri anda. Keterpaksaan dalam melakukan sesuatu akan memenatkan anda dan membuatkan anda kecewa serta  derita. 

Fikir-fikirkanlah.....
panduankelahiran

Monday, October 24, 2011

Ikhlas itu Misteri


Seringkali kita dianjurkan untuk terus ikhlas dalam setiap apa yang kita lakukan. Ikhlas itu adalah melakukan sesuatu hanya kerana Allah. Amal tanpa keikhlasan tidak akan diterima oleh Allah. Tapi kenapa ye?

Pertama : Mengelakkan kecewa
Jika kita melakukan sesuatu supaya kita mendapat pujian atau dikenang manusia, kita akan kecewa bila apa yang kita harapkan itu tidak terjadi. Yang kita dapat bukan pujian bahkan kritikan. Lalu kita merasakan bahawa penat lelah kita tidak dihargai. Pengorbanan kita menjadi sia-sia.

Jika kita melakukan sesuatu supaya tidak dimarahi seseorang, kita juga akan kecewa bila kita tetap dimarahi kerana hasil yang kurang memuaskan. 

Kedua : Tidak berbaloi
Sejarah sahabat mengisahkan seorang pahlawan Islam yang pergi berperang dengan harapan untuk dianggap perwira oleh kaumnya. Oleh kerana terlalu sakit dengan tusukan pedang dan panah, sahabat tersebut telah membunuh dirinya sendiri. Akhirnya, Allah menghantarnya ke neraka kerana tidak ikhlas dalam berperang.

Sungguh tidak berbaloikan ! Jika yang kita dapatkan itu hanya sekadar pujian sedangkan ia tidak dinilai sebagai ibadah yang diterima oleh Allah.

Ketiga : Allah itu Maha Kaya
Allah itu mengajarkan kepada kita bahawa Dialah yang Maha Kaya untuk membalas segala amal kita dengan balasan yang paling baik. Mungkin amal kecil yang ikhlas akan dibalas dengan syurga yang tak terhingga nilainya. 

Surah Yasin mengabadikan kisah seorang sahabat yang baru sahaja memeluk Islam lalu menyatakan keislamannya kepada kaumnya. Tindakan tersebut menyebabkan dia dibelasah sehingga mati. Kerana keikhlasannya, Allah memasukkannya ke dalam syurga walaupun belum pernah melakukan solat dan amal wajib yang lain. Sahabat tersebut sangat terharu dengan balasan syurga yang diberikan oleh Allah kepadanya sehingga dia berdoa untuk dihidupkan kembali agar dia dapat menyatakan kepada kaumnya bahawa jalan yang dipilih olehnya adalah benar. 

Keempat : Bersungguh-sungguh
Ikhlas juga menjadikan kita bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga, tidak kecewa dengan pandangan orang lain dan tidak curi tulang dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Baginya, setiap yang dilakukan adalah berupa ibadah kepada Allah. Allahlah tujuan akhir setiap pekerjaannya. Allah jualah yang akan membalas segala amal perbuatannya. Allahlah tempat untuk meminta tolong pada setiap kesulitan dan kesempitannya. 

Lalu dia bersungguh-sungguh menjaga Allah, agar Allah menjadi penjaganya. Bersungguh-sungguh mengingat Allah dalam kesenangan, agar Allah mengingatinya saat kesulitan menimpanya.

Lalu saya menyeru kepada diri ini dan para pembaca untuk terus mengikhlaskan niat kita dalam apa jua yang kita lakukan kerana Allah tahu yang terbaik untuk kita. PadaNya ada balasan yang sangat besar nilaiannya atas setiap amal yang kita lakukan hanya keranaNya. Maka kenapa kita tidak mahu merebut peluang tersebut ?

Monday, August 29, 2011

Apa yang gembiranya raya ini ?

Kenapa kita gembira bila nak sambut raya ? Adakah kerana kita dah boleh makan siang selepas berlalunya Ramadhan. Horey.. dah habis dah puasa ! Atau kita gembira sebab kita dah pun mencapai nilai taqwa yang menjadi buah untuk Ramadhan kali ini dan kita telah merdeka daripada ditakluki syaitan dan nafsu kita sendiri.

Jika kegembiraan kita kerana sebab yang pertama, maka fikir-fikirkanlah kembali saat usia kita kian menghampiri mati. Jika sebabnya adalah yang kedua, maka berbahagialah kita di syurga. Teruskan istiqamah melakukan amalan dengan ikhlas.

Monday, August 15, 2011

Tidur Saat Puasa

Bagaimana hukum seorang ketika bulan puasa tidur sepanjang hari? Dan bagaimana pula kalau dia bangun untuk melakukan kewajiban lalu tidur lagi?

Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah menjawab,

Pertanyaan ini mengandung dua permasalahan:

Pertama,
Seorang yang tidur seharian dan tidak bangun sama sekali, tidak ragu lagi bahwa dia telah bermaksiat kepada Allah dengan meninggalkan sholat. Maka hendaknya dia bertaubat kepada Allah dan menjalankan sholat tepat pada waktunya.

Kedua,
Seorang yang tidur tetapi bangun untuk menjalankan sholat secara berjama’ah kemudian tidur lagi dan seterusnya, hukum orang ini tidak berdosa (dan tidak batal puasanya-pen). Hanya saja, ia terluput dari kebaikan yang banyak, sebab orang yang berpuasa hendaklah menyibukkan dirinya dengan sholat, dzikir, doa, membaca al-qur’an  dan sebagainya sehingga mengumpulkan beraneka macam ibadah pada dirinya.
Maka nasihatku kepada orang ini, hendaklah ia tidak menghabiskan waktu puasanya dengan banyak tidur. Akan tetapi, hendaklah ia bersemangat dalam ibadah.
(Majmu’ Fatawa wa Rosa’il Ibnu Utsaimin: 19/170-171)

Adapun hadits yang berbunyi:
صَمْتُ الصًّائِمِ تَسْبِيْحٌ وَ نَوْمُهُ عِبَادَةٌ

“Diamnya orang yang puasa adalah tasbih tidurnya adalah ibadah”

Hadits ini derajatnya lemah sekali dan berdampak negatif yaitu menjadikan sebagian orang malas dan banyak tidur di bulan puasa dengan beralasan hadits ini.

Sunday, August 14, 2011

Ruginya Tidur Setelah Subuh

wasshalatuwassalaamu ‘ala rasulillah wa ‘ala aalihi waman tabi’ahu biihsan ila yaumiddiin…
Ramadan telah tiba kita bersyukur kepada Allah ta’ala karena diberi kesempatan untuk bertemu dengan  bulan yang mulia ini dan menimba pahala yang banyak di dalamnya, karena itu, hendaknya kita manfaatkan kesempatan ini semaksimal mungkin. Hanya saja ada satu kebiasaan buruk yang menjamur, terutama di bulan Ramadhan. Kebiasaan itu adalah tidur di waktu pagi. Ada banyak hal yang menjadi sebab kita tidur pagi. Diantaranya karena sebagian kita tidak terbiasa bangun untuk sahur atau karena sahur terlalu dini di tengah malam atau karena makan sahur terlalu banyak, dan sebab lainnya. Lalu  apakah kerugian tidur diwaktu pagi? Mari kita simak  tulisan barikut.

Saturday, August 13, 2011

Ramadhan jangan biar retak

Salam Ramadhan semua,

Sedetik kita muhasabahkan kembali. Kenapa kita berpuasa kali ini ? Kerana Allah, kerana adat, malu pada manusia atau kerana nak raya? Setiap amal itu dinilai melalui niat dan sejauh mana memenuhi syarat perlaksanaannya. 

Puasa yang terbaik adalah puasa kerana Allah dengan penuh kerelaan agar hasilnya adalah taqwa. Jika kita meneliti hadis ke-2 berkaitan rukun iman, rukun islam dan ihsan, maka kita akan dapat melihat bahawa rukun iman adalah input yang terdiri daripada keyakinan kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari qiamat dan qada' qadar. Sedangkan rukan Islam adalah proses di mana kita diwajibkan bersyahadah, solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji dan mengeluarkan zakat.

Jika kita berjaya melakukan proses dgn baik maka hasilnya ialah ihsan yang bermaksud kita merasakan bahawa melihat apa yang kita lakukan. Saat itu kita akan meningkatkan hubungan dengan Allah dan memperbaiki mutu kerja kita.

Wednesday, August 3, 2011

Kebakaran

Assalamualaikum buat semua pembaca anak teladan,

Pernah tak anda melihat sebuah kebakaran ? Apakah tindakan anda ? Oh tentu sekali cuba memberi bantuan seperti menelefon bomba, mengeluarkan mangsa, meminta bantuan masyarakat setempat dan turut cuba memadamkan kebakaran tersebut. Secara fitrahnya, kita cenderung untuk membantu dan bukan menambahkan kesan kebakaran tersebut.

Mangsa kebakaran juga akan cuba menjerit meminta tolong dan menyelamatkan apa yang patut. Semuanya berlaku dengan pantas dan bukannya perlahan-lahan. Dan yang pasti, mangsa kebakaran akan berterima kasih sebanyaknya kepada mereka yang membantunya.

Tapi fenomena ini nyata berbeza dalam kita menghadapi kebakaran di akhirat iaitu api neraka Allah. Saat kita melihat orang yang cuba menyalakan api neraka untuk membakar dirinya, kita cuba untuk menegah agar dia terselamat daripada bencana itu tapi sayang, dia lantas berkecil hati dengan teguran kita, memarahi bahkan bertindak memutuskan tali persaudaraannya dengan kita.

Katanya, "kau pun bukannya baik sangat", "cam bagus je", "jangan nak hina orang la", "jaga amal sendiri sudah, jangan nak jaga tepi kain orang", "kubur masing-masing la", "kau pun belum tentu masuk syurga" dan pelbagai kata-kata kesat yang lain.

Terkadang kata-kata kesat ini menawarkan hati si pemberi peringatan untuk manusia lain terhindar daripada kebakaran yang maha dasyat ini. Lalu lahirlah sifat nafsi-nafsi dalam hidup masyarakat umat Islam.

Secara peribadi, teguran itu seringkali cukup menyakitkan hati. Tapi teguran itulah cermin diri kita agar dapat melihat sisi kekurangan yang ada pada diri. Andai kita menerima dan berubah ke arah positif, maka kebaikan akan kembali kepada kita.

Tuesday, August 2, 2011

Saya Nak Mati.

Anehkan bila mendengar ada yang nak mati. Kematian adalah sebuah kemestian dan kepastian. Setiap yang hidup pasti akan mati tanpa terkecuali. Antara kita hendak mati atau tak nak mati, kita pasti akan menemui kematian. Lalu Allah seringkali mengingatkan kita tentang apa yang bakal kita lalui setelah kita mati agar kita tidak menyesal dengan dengan ketentuan kita yang buruk setelah kita mati kerana tiada lagi peluang untuk kita kembali ke dunia ini. Inilah satu-satunya peluang yang tidak boleh kita sia-siakan.

Sesungguhnya, setiap dari kita tahu bahawa wujudnya kenikmatan syurga buat mereka yang beramal di dunia dengan kebaikan dan azab neraka buat mereka yang ingkar akan perintah Tuhan. Sepertimana kita tahu bahawa kejayaan itu hanya milik orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh, maka syurga juga hanya untuk mereka yang beramal dengan bersungguh-sungguh. Tapi, berapa ramaikah yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri mereka menempati syurga setelah mati nanti? Apa yang pasti, ramai yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam peperiksaan, yang bekerja siang malam untuk mengecapi kekayaan dan pelbagai kenikmatan dunia yang lain.

Persoalannya, jika kita mampu bersungguh-sungguh untuk dunia yang sementara, kenapa tidak kita bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa syurga adalah milik kita sebaik sahaja kita menutup mata untuk selama-lamanya. Semoga Ramadhan kali ini membuahkan taqwa yang mendapat sebelum kita kembali ke sana.

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

Salam ramadhan untuk semua. Kami sekeluarga memohon kemafaan jika ada yang tersalah kata tersilap bahasa. Andai ada kesempatan milikilah solusi edisi Ramadhan untuk impak maksima buat Ramadhan kali ini. Semoga Ramadhan kita kali ini berbuah taqwa. Amin.

Saturday, July 23, 2011

Balik Kampung...

Seronokkan dapat balik kampung ! Terngiang-ngiang lagu Balik Kampung nyanyian Arwah Sudirman. Tersengih-sengih kala itu mengingati satu persatu wajah ayah, ibu, atuk, nenek, adik-beradik dan sanak saudara yang dirindui beserta kenangan bersama mereka. Dari awal-awal lagi kita telah menyiapkan pakaian untuk pulang, buah tangan juga tidak dilupakan. Mulalah kita menyiapkan kewangan untuk menyelenggara kenderaan atau membeli tiket pulang dan selebihnya untuk membeli-belah ketika di kampung. Sejauh mana kita merantau, kampung halaman adalah tempat yang tetap indah di sudut hati kita. Tempat yang selalu kita rindukan !
 

Bagaimana pula perasaan kita untuk pulang ke perkampuangan akhirat ? Gembirakah kita menemui ahli keluarga yang terlebih dahulu pulang ke sana? Apa pula persiapan untuk kita untuk kembali menemui Allah yang telah banyak menabur bakti kepada kita ? Rindukah kita untuk kembali ? Alangkah bahagianya jika pulang ke kampung akhirat juga adalah sebahagia pulang ke kampung halaman kita. Di sana menanti istana yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dengan segala kenikmatan yang kekal buat selama-lamanya.

Apa-apa pun, di tangan kitalah penentu kebahagiaan dan kesengsaraan itu.

Tuesday, April 19, 2011

I.M.P.I.A.N


Saat Umar Al-Khattab berada dalam sebuah bilik bersama para sahabat, beliau bertanya kepada mereka. "Apa yang ingin sahabat punyai ?"Lalu ada di kalangan sahabat yang inginkan harta sepenuh bilik itu dan impian - impian lainnya. Bagi Umar sendiri, beliau mengimpikan orang yang memenuhi bilik itu adalah para mujahid yang berani menegakkan agama Allah. 

Dalam satu peristiwa lain ketika umat Islam keletihan menggali parit besar untuk menghadapi Perang Uhud, Allah menunjukkan impian besar untuk umat Islam menakluki kerajaan Rom dan Parsi. Suatu impian besar untuk menakluki kerajaan yang cukup hebat pada zaman tersebut. Akhirnya, usaha yang tidak sedikit umat Islam berjaya memiliki tahta kerajaan Rom dan Parsi. Itulah kuasa sebuah impian yang diiringi usaha yang berpanjangan.

Monday, March 21, 2011

Bercuti

Assalamualaikum semua,

Ummu Uswah kemungkinan besar tidak dapat online selepas ini kerana pulang ke kampung sehingga diberitahu kelak. Sebelum ni kat rumah mertua sebab jaga atuk suami dan adik ipar yang akan ambil SPM hujung tahun ni. Disebabkan atuk sakit dan suami bekerja di Terengganu, pak cik suami akan membawa atuk tinggal bersamanya di Johor. Jadi, yang tinggal kat rumah mertua hanya adik ipar saya sahaja. Apa lagi, saya pun akan balik ke rumah mak di kampung. Kalau ada rezeki, mungkin kami akan berpindah ke Terengganu (On Planning). Ops mertua saya kat Sabah sebab dinaikkan pangkat.

InsyaAllah, kami bakal menimang cahaya mata ke-3 Oktober 2011 ni. Tak dapat buat buku pemeriksaan mengandung lagi sebab status tempat tinggal belum tetap buat sementara waktu ni. Apa-apa pun, kami mendoakan yang terbaik untuk keluarga kami dan anda. Semoga selalu dalam lindungan Allah.

Sunday, March 20, 2011

Menjadi Penyebab Hidayah Allah


Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.
(Hadith riwayat Muslim – no.6980)

Saturday, March 19, 2011

SALE : Membeli Sambil Membantu

Assalamualaikum semua,

Seorang sahabat kita memerlukan bantuan untuk menjelaskan bayaran rumahnya yang tertunggak selama 3 bulan. Jadi, beliau memerlukan sekitar RM1K untuk keperluan tersebut. Kepada yang ingin membantu dan ingin mendapatkan cloth diapers, coolababy, susu kambing, kopi susu kambing, gift set, pakej blog make over , header, watermark n signature , bolehlah berkunjung ke kedai beliau. Barangan sangat cantik dengan harga yang berpatutan. Ada sale lagi. Jadi, jengah-jengah la ye. Terima kasih .

p/s : klik 'baca selanjutnya' untuk melihat barangan yang mungkin menjadi milik anda.

Arak : 10 Golongan Dilaknat


Walaupun minum arak hanya melibatkan seorang individu sahaja, tapi arak adalah ibu segala maksiat. Arak menyebabkan otak hilang pertimbangan sehingga seseorang akan melakukan pembunuhan dan perogolan secara tidak sedar. Itulah yang terjadi terhadap seorang abid pada suatu masa dahulu.

Friday, March 18, 2011

Pergaulan Antara Jantina Di mana Batasnya?


Assalamualaikum, saya berminat dengan tulisan Prof Madya Dr. Harlina tentang Pergaulan Antara Jantina Di mana Batasnya? (SOLUSI 28&29). Sebagai seorang anak perempuan yang kehilangan bapa sejak umur 7 tahun kerana bercerai dan tinggal di asrama sejak tingkatan satu sehingga ke universiti, saya sememangnya bebas untuk bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa kawalan ketat daripada keluarga. 

16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir



Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 

Penyebab Penceraian


Menurut statistik JAKIM, 1 pasangan bercerai setiap 15 minit. Persoalannya ke mana hilangnya kata-kata cinta yang diungkapkan dulu? Di mana perginya hantaran dan majlis nikah yang gilang-gemilang dulu ? Apakah penyebabnya sehingga ramai pasangan memilih penyelesaian yang paling dimurkai Allah iaitu BERCERAI ? Jom kita susuri penyebab penceraian agar kita dapat memperbaiki hubungan rumahtangga kita sehingga ke syurga.

Thursday, March 17, 2011

DUIT


Duit adalah sesuatu yang penting dalam hidup kita. Walaupun tak semua benda boleh dibeli dengan duit, tapi tanpa duit banyak perkara yang tak dapat dilaksanakan. Terkadang duit membawa bahagia dan terkadang membawa derita. Jom susuli cerita berkaitan DUIT .

Wednesday, March 16, 2011

PageRank : Paling Popular @ Paling Bermanfaat


Page Rank (PR) adalah satu cara untuk menentukan tahap kepopularan laman web di internet secara keseluruhannya. Semakin tinggi skala PR nya, maka semakin popularlah laman tersebut. Persoalannya, adakah kita berblog untuk mencari populariti sahaja ? Adakah isi blog kita tidak menyalahi agama dan bermanfaat untuk pembaca ? Saya tinggal persoalan ini untuk difikirkan oleh anda.

Saturday, March 12, 2011

Gempa Bumi di Jepun



TOKYO - Jepun, negara matahari terbit dengan ekonomi dan teknologi termaju di dunia kini dilihat bakal berhadapan dengan zaman kegelapan selepas dilanda gempa bumi terbesar dalam tempoh 140 tahun, semalam.



Gempa bumi dengan kekuatan 8.9 pada skala Ritcher itu mencetuskan ombak tsunami setinggi 10 meter yang bukan sahaja menyebabkan kemusnahan teruk di negara itu tetapi dilihat bakal menjejaskan ekonomi Jepun apabila lima reaktor nuklear, loji minyak dan pelabuhan terpaksa ditutup, menyebabkan kerugian luar biasa.



Gegaran itu melanda persisiran timur laut Jepun, kira-kira jam 3.46 petang semalam (waktu Malaysia) dan diikuti dengan sekurang-kurangnya 50 gempa susulan dengan kekuatan sehingga 7.1 pada skala Ritcher.


Friday, March 11, 2011

Memo Untuk Pengantin Baru


Assalamualaikum buat pengantin baru…

Barakallahulakum. Tahniah kerana berjaya melangkah ke alam perkahwinan, alam penuh kenikmatan, keberkatan dan kedewasaan. Sebelum melangkah jauh dalam alam rumahtangga, sebaiknya suami isteri kembali merenung. Kenapa kita berkahwin ? Kenapa awak yang saya pilih sebagai pasangan hidup saya ? 

Bila Hari Lelaki Sedunia ?

Mungkin ramai yang tahu bahawa hari wanita sedunia kali ke-100 adalah pada 8 Mac 2010. Tapi bilakah pula hari lelaki sedunia ? Hari lelaki sedunia jatuh pada 19 Nov 2011 bersamaan hari tandas sedunia. Jangan berkecil hati ye para lelaki.

Kepada semua wanita, teruskan berkorban dengan ikhlas demi orang tercinta. Penat tu jadi wanita ni sebenarnya, tapi sebab cinta digagahi jua. Semoga ada syurga menanti di sana.
panduankelahiran

Jom Hafaz Hadith


Apa yang anda tahu tentang hadith ? Hadith adalah petikan kata-kata Rasulullah saw yang diriwayatkan (rekodkan) oleh para sahabat untuk diamalkan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Ilmu hadith cukup luas seperti kaedah menentukan martabat hadith, jenis-jenis hadith dan ciri-cirinya, huraian tentang maksud hadith dan sebagainya. Sebagai seorang Islam yang beriman, kita sepatutnya mempelajari, menghafaz dan mengamalkan hadith yang sahih. Bagaimana nak menghafaz hadith sebenarnya ? Dan ia adalah pengalaman dan ilmu yang berharga.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda kenapa kita perlu menghafaz hadith dan bagaimana nak menghafaznya.

Thursday, March 10, 2011

Selamat Bercuti

Assalamualaikum,

Ummu Uswah sekeluarga ingin mengucapkan selamat bercuti buat pelajar sekolah, cikgu-cikgu dan pelajar maktab perguruan. Kepada yang bakal mengambil peperiksaan besar, teruskan menglangkaji pelajaran dan memperbanyakkan latihan. Doa banyak banyak semoga segala usaha anda berbayar dengan kejayaan. Sesungguhnya tiada jalan pintas untuk berjaya.

Kepada yang bakal melangsungkan pernikahan, selamat pengantin baru. Dunia pernikahan dan dunia keibubapaan ni sungguh mencabar walaupun banyak juga keseronokannya jika kene gayanya. Selamat pengantin baru buat Kak Ja pada 13 Mac 2011 dan Zam pada 15 Mac 2011. 

Kematian - kebahagiaan @ ketakutan


Jika saat ini, malaikat maut ingin mencabut nyawa kita, sanggupkah kita untuk menghadapinya ? Adakah kematian suatu berita gembira yang menjadi jalan yang membawa kita ke syurga yang penuh kenikmatan atau sebuah ketakutan yang memutuskan hubungan kita dengan nikmat dunia menuju kesengsaraan neraka jahanam ? 

Persoalan ini perlu kita timbulkan setiap hari. Adakah kematian itu sebuah kebahagiaan atau sebuah ketakutan buat diriku? Siapkah aku menghadapi sebuah kematian? Kenapa? Kerana setiap saat, satu demi satu manusia hidup dimatikan Allah untuk disoal setiap amalnya dan kita juga akan pasti mengalami kematian yang sama.

Wednesday, March 9, 2011

Cara Mudah Dapatkan RM300


Anda ingin mendapatkan RM300 dengan bermodalkan RM9. Caranya mudah saja. Pertama, dapatkan Majalah Solusi isu terbaru dengan harga RM9 dan siapkan silangkata yang perlu dihantar ke pihak Solusi dalam masa 2 bulan. Jom tengok tips lain...

Seni : Jalan Menuju TAQWA


Kebudayaan dan kesenian adalah unsur yang indah dalam kehidupan. Ia wujud dalam persekitaran hidup kita berupa ukiran pada bangunan, lukisan dan corak pada pakaian, irama yang indah untuk didengar dan pelbagai lagi.

Dewasa ini kita semakin tenggelam dalam arus modenisasi sehingga kita lupa apa ertinya kebudayaan dan kesenian Islam. Apa konsep, prinsip dan fungsinya untuk diri dan masyarakat kita ? Betul ke seni adalah jalan menuju TAQWA? Tajuk kerja kursus Tamadun Islam yang saya terima sulit untuk saya siapkan. Bagaimana mengaitkan seni dengan TAQWA ? Setelah melawat, Muzium Kesenian Islam dan membaca kajian yang berkaitan, alhamdulillah persembahan saya untuk tajuk tersebut adalah persembahan terbaik dalam hidup saya   kerana ia adalah persembahan yang bermanfaat untuk saya dan para pendengar. 

Tuesday, March 8, 2011

Kenalkah Kita Pada Al-Quran ?


Untuk memastikan adakah kita mengenali al-Quran, jom sama-sama menjawab beberapa soalan berikut. Soalan-soalan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu teori dan praktikal. Jawablah seikhlas mungkin tanpa membuka mana-mana rujukan.

How To Teach Your Baby To Read ?

Bayi Genius ... Bayi Soleh


Bila bercakap tentang bayi genius. Wah... itulah perasaan kita. Cam bombastik kan bila bayi boleh membaca seawal usia beberapa bulan. Terbit rasa cemburu dengan geniusan anaknya. Persoalannya, kenapa anak kita tak sehebat anak mereka ? Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa kesilapan kita dalam mendidik bayi genius.

PERCUMA Prelude Revolusi Perniagaan Internet Bersama Irfan Khairi

Ramai yang ingin memulakan perniagaan Internet tetapi, tetapi mempunyai 3 soalan utama, iaitu:
  1. Nak jual apa di Internet?
  2. Bagaimana nak mulakan perniagaan Internet?
  3. Bagaimana nak promosikan perniagaan kita? 

Sesi saya di Vistana Hotel, Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini, akan menjawab ketiga-tiga soalan di atas. Tak kira sama ada anda ingin memulakan perniagaan secara part-time, atau anda sedang menjalankan perniagaan kini dan ingin mengembangkan keuntungan perniagaan anda melalui Internet, di sesi ini, akan membantu anda mencapai matlamat perniagaan Internet anda.
 
Oleh itu, anda dialu-alukan menghadiri sesi saya pada hari Sabtu ini!
 
PRELUDE REVOLUSI PERNIAGAAN INTERNET
Bersama Irfan Khairi
Tarikh: Sabtu 12hb Mac 2011
Kuala Lumpur
Vistana Hotel
10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Masuk: PERCUMA 

Monday, February 7, 2011

Tips Bayi Tertelan Tudung Botol Dan Tersedut Biji Tasbih : Tips Untuk Contes Qalish.com

Assalamualaikum semua,

Hari ini Ummu Uswah ingin menyertai peraduan Tips Untuk Qalish.com. Tips yang ingin dikongsi bersama pembaca ialah Tips Bayi Tertelan Tudung Botol Dan Tersedut Biji Tasbih.

Seminar Online Secara PERCUMA Bersama Irfan Khairi


Jika anda berminat untuk menyertai Seminar Online Secara PERCUMA Bersama Irfan Khairi, saya serta emel IK untuk saya seperti di bawah.

Online Seminar (Webinar) 'Live' bersama Irfan Khairi 
Khamis, 10hb Februari 2011
9.00 malam - 10.15 malam
Lokasi: 'Live' di Internet anda!
Pendaftaran: Percuma

Tol Di KELANTAN?

Assalamualaikum,

Adakah anda pernah melalui tol di Kelantan ? Jawapannya tentu tak pernah. Hakikatnya tol pernah diwujudkan pada era UMNO memerintah Kelantan. Kat mana ? Tentulah di Jambatan Sultan Yahya Petra yang menjadi nadi utama yang menghubungkan Tumpat, Pasir Mas dan Kota Bharu.

Setelah PAS mengambil alih Kelantan, tol di sini telah dimansuhkan sehingga sekarang. Rakyat Kelantan masih bersabar dengan kelembapan pelebaran Jambatan Sultan Yahya Petra (hadian Tun Abdullah) yang sepatutnya siap tahun 2009 tapi saat ini belum separuh hasilnya terlaksana. Jenuh juga melalui jalan rosak dan sesak akibat pembinaan tersebut. Hakikatnya juga, rakyat Kelantan sentiasa dianaktirikan oleh kerajaan.

Persoalannya, jika UMNO kembali memerintah Kelantan, adakah TOL akan diwujudkan kembali di Jambatan Sultan Yahya Petra ini ? 

Jambatan Sultan Yahya Petra, Kelantan

Jambatan Sultan Yahya Petra
Pandangan dari Jambatan tepi Pasaraya Tesco Kota Bharu
Pengunduran Tun Dr. Mahathir pada tahun 2003 dengan memberi laluan kepada Tun Abdullah seakan memberi semangat baru kepada rakyat Malaysia. Auranya menular sehingga pada Pilihan Raya ke 11 apabila negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS hampir tumbang kepada BN. BN berjaya memenangi sebanyak 20 kerusi daripada 43 kerusi DUN hanya ketinggalan sebanyak 3 kerusi sahaja.
Rentetan dengan kemenangan tersebut Kerajaan pimpinan Pak Lah menghadiahkan sebuah jambatan kepada rakyat Kelantan pada 2 Ogos 2007. Projek jambatan tersebut adalah projek pembesaran jambatan sedia ada iaitu Jambatan Sultan Yahya Petra. Projek tersebut diperuntukan sebanyak RM150 juta dan dijangka siap pada penghujung 2009.

Nenekku Berpendapatan RM2000 Sebulan

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya akan membawa kalian mengenali nenek saya yang kami panggil Tok Wan atau nama sebenarnya Wan Bidah binti Wan Muda @ Raja Abdullah. Percayakah anda jika pendapatan beliau sebulan ialah lebih RM2000 tanpa melakukan apa-apa kerja di rumah?

Sunday, February 6, 2011

Tertelan Tudung Botol ?


Assalamualaikum semua,

Entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca agar lebih berhati-hati dengan tudung botol air minuman. Walaupun saiznya agak besar berbanding mulut bayi, manum ibubapa perlu berhati-hati agar bayi tidak bermain dengan tudung botol. 

Saturday, February 5, 2011

Manusia Tanpa Telinga

Assalamualaikum,

Di sebuah tempat di Eropah telah lahir seorang bayi lelaki tanpa kedua-dua belah telinga. Kawasan telinga tersebut rata tanpa apa-apa lubang sehingga menggemparkan hospital tempat kelahirannya. Doktor-doktor sepakat bahawa anak tersebut tidak akan dapat mendengar sepanjang usianya. Namun, si bapa berkeras bahawa anaknya akan tetap dapat mendengar walaupun tanpa sepasang telinga seperti manusia lainnya.

Motivasi Solat Untuk Anak-Anak


Anak-anak adalah amanah Allah. Menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak agar menjadi generasi yang taat mendirikan solat saat mereka masih kecil. Jadi, jom kita bincangkan tips untuk memotivasikan anak-anak untuk taat mendirikan solat.

Berkemban ?


Kenapa perempuan suka berkemban masa pergi mandi ? Jawapan yang diberikan 'memang dah biasa pakai cam ni untuk pergi mandi.' Persoalannya adakah anda menampakkan aurat ketika berkemban dan bagaimana pula ada tetamu lelaki saat anda keluar dari bilik air dalam keadaan berkemban ?

Friday, February 4, 2011

Rancang Kewangan Anda

Kesilapan besar yang dibuat oleh ramai individu adalah mereka merancang perbelanjaan bagi RM 10,000 tetapi hanya menerima gaji RM 5,000 setiap bulan”

Kepentingan Merancang Kewangan


Tanpa perancangan kewangan yang teratur dan padat, ramai orang seringkali dibelenggu dengan masalah kewangan. Pernahkah anda melihat rakan atau saudara yang bergaji lebih besar dari anda, tetapi menanggung hutang sebesar gunung? 

Konvokesyen Yang Dicemari Dosa

Konvokesyen adalah hari bersejarah yang ditunggu oleh semua warga pelajar terutama mahasiswa universiti. Itulah hari anugerah seorang anak atas penat lelahnya mendapatkan segulung ijazah untuk ibubapa yang banyak menabur jasa. Tapi sayang, hari yang penuh bersejarah itu seringkali dicemari dosa-dosa.

Abu Uswah - My First LOVE


Assalamualaikum semua,

Tentu pembaca ingin mengetahui tentang Abu Uswah. Jadi, hari ini Ummu Uswah akan membawa pembaca mengenali Abu Uswah. Mungkin ada sisi positif yang boleh anda ambil daripada perkenalan ini.

Apa Ertinya BAHAGIA ?

Assalamualaikum semua,
Setiap hari kita mengejar bahagia ?  Berhempas-pulas mencari kekayaan yang bakal mendatangkan bahagia. Para pelajar tekun menelaah untuk mendapat keputusan cemerlang demi sebuah kebahagiaan. Terkadang kita diuji. Adakah dengan musibah yang menimpa kita, melunturkan rasa bahagia di hati kita ?  Apakah itu BAHAGIA ?

Tips Blogging Dari RedMummy


RedMummy adalah nama blogger yang terkenal di Malaysia. Pendapatannya RM100 000 dengan menulis ulasan iklan dalam 3 tahun. Nak tahu apa tips yang dikongsi oleh RM untuk anda menjejaki kejayaannya dalam arena blogging?

Thursday, February 3, 2011

Rusuhan Di Mesir

Kejadian yang menimpa Mesir mungkin tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, kerisauan rakyatnya dan risau juga ibubapa yang mempunyai anak-anak yang belajar di sana. Untuk makluman semua, mengikut rekod pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, di Mesir kini terdapat seramai 11,319 orang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di republik tersebut.  Jumlah ini termasuklah seramai 5,184 orang pelajar perubatan dan 6,135 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian Islam.

Wednesday, February 2, 2011

Dapatkan RM500 Anda Di sini !


Assalamualaikum buat semua pembaca Anak-Teladan,

Adakah anda berminat untuk mendapatkan RM500 secara PERCUMA? Jika Ya, maka sertailah AKU ADA IMPIAN hari ini dan menangi juga Macbook, Nokia N8 dan pelbagai hadiah lain yang lebih mengujakan.

Sertailah AKU ADA IMPIAN sekarang !


Taip “Saya tahu Peraduan “Aku Ada Impian Dari Blog ANAK TELADAN  pada ruangan komen di sini.

Impian besar saya adalah 'SAYA NAK MASUK SYURGA !' 
Jadi saya berusaha untuk menjadikan setiap detik dalam hidup saya adalah berupa ibadah kepada Allah.

Rahsia Disebalik DEMAM

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Tips Mencari Suami Impian 4


Alhamdulillah, 

Hari ini kita akan bincangkan tentang tips mencari impian 4 iaitu KETERBUKAAN dan PENERIMAAN dari beberapa aspek. Sebelum itu, pembaca boleh menyemak tips Mencari Suami Impian 1, 2, dan 3 yang telah kita bincangkan sebelum ini. Tips-tips ini adalah bertujuan agar pihak rumahtangga yang dibina lebih bersedia dengan menghadapi cabaran baru dalam hidup berumahtangga.

Monday, January 31, 2011

Timbang blog anda

Assalamualaikum semua,

Jom kita timbang blog masing-masing kat sini. Blog yang ringan membantu capaian yang lebih pantas ke blognya. Ini memudahkan pembaca untuk menziarahi blog anda. Anda juga boleh melihat pagerank blog anda di sini.

Itu saja untuk hari ini.

Sunday, January 30, 2011

Pesan Tok Guru Untuk Blogger dan Facebooker


Assalamualaikum buat semua pembaca Anak-Teladan,

Kebanjiran blogger dan facebooker di Malaysia menggamit Tok Guru Nik Aziz untuk menitipkan pesan akhirat untuk semua terutama blogger tegar dan facebooker tegar. Pada saya itulah tanda cinta seorang pemimpin bergelar ulama yang inginkan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat rakyat pimpinannya.

Maka buat semua rakan pembaca, terimalah nasihat ini dengan lapang dada bahawa apa yang kita tulis kan sendirian di kediaman kita akan dibaca oleh sekalian umat manusia di merata dunia dan akhirnya akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Alangkah baiknya, jika tulisan yang kita tuliskan hari ini menambah amal kita buat bekal di hari esok.

Akhir kata, saya tinggalkan kalian dengan pesan dari tok guru di sini.

SMS Percuma Untuk Rakyat Malaysia

Assalamualaikum semua,

Anda ingin SMS PERCUMA ketika kehabisan kredit? Berdaftarlah dengan mostSMS dan dapatkan keistimewaan seperti berikut :




Saya jumpa info tentang ni di sini dan di sini. Saya dah mencubanya, anda pula bagaimana ?

Saturday, January 29, 2011

1 Soalan 20 Jawapan

Brian Tracy mengemukakan idea 1 soalan dengan menjawab 20 jawapan untuk persoalan tersebut. Idea ini terbukti menghasilkan individu yang kreatif, inovatif, berjiwa positif dan cekap menangani bantahan dalam kerjayanya. Inilah prinsip jutawan hebat di dunia.

Contoh soalan ialah 'Aku ni ada impian ke?'

Cebisan Intelek


Pagi-pagi lagi, kakak Hasanah tanya umi "Umi, Sabah tu kat mana?"

Untuk kakak Hasanah, jom tengok peta Malaysia ni. Sabah tu kat bahagian atas Sarawak. Nenek kaka tinggal kat si tu. Yang warna purple tu. Sekarang, kita kat Negeri Kelantan. Maksudnya dalam negara Malaysia. Negara Malaysia mempunyai 14 buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Selangor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.   

Ape ke pekdah nyer ajar anak 2 tahun tentang negeri-negeri kat Malaysia ni ? Ni la cebisan intelek.

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com