Monday, June 12, 2017

Tips atasi senggugut @ period pain

Period pain atau senggugut amat menyakitkan. Hanya yang pernah merasa sahaja yang tahu penderitaan senggugut ni.

Tapi... dengan tummy time, senggugut hanya tinggal kenangan. Sapu kejap, terus hilang. Anda sudah boleh menjalani hidup seperti biasa.

Tips Atasi Demam, Batuk dan Selesema


Risau sungguh bila anak demam. Tambah-tambah kalau tengah malam. Tak lena tidur ibu dibuatnya. Suhu naik mendadak ke, anak meracau ke, sawan ke. Pendek kata memang sentiasa berjaga-jaga.

Belum lagi kalau masa suap ubat. Anak meronta-ronta. Alahai, siksa rasanya. Kalau batuk dan selesema pun buatkan anak tak selesa untuk tidur.

Tapi dengan coughflu balm, ibubapa tak perlu risau lagi. Sapu-sapu alhamdulillah sihat. Sesuai untuk bayi baru lahir hingga warga emas.

Lagi seronok, tak perlu buka puasa, sapu terus sihat. Http://www.wasap.my/601110785439

Sunday, June 11, 2017

Cara Atasi Sembelit, Cirit dan Kembung

Ada banyak cara untuk atasi masalah ni. Tapi saya nak bagi cara paling senang paling berkesan. Sesuai untuk baby baru lahir hingga warga emas.

Cuma sapu balm tummy Tasneem Naturel dan masalah anda akan selesai. Seronok tau bila dah lawas. Anak pun tak nangis dah.

Http://www.wasap.my/601110785439




Jangan beli jika..

❕❗JANGAN BELI BALM INI JIKA ❗❕

❌Anda sanggup berjaga malam sampai anak tidur walaupun dah pukul 3 pagi.
❌Anda rasa nak beli lipstik lagi berbaloi daripada beli balm.. hihih
❌Anda sanggup dgr perut anak anda berbunyi2 sebab angin dah penuh dan perut.
❌Anda rasa tantrum anak anda tu biasa jek, ye la kanak2 kan, takkan duduk diam jek.
❌Anda sanggup biar anak meraung kena neb..
❌anda suka eye bag👁👁
❌anda sanggup melihat anak menangis sepanjang mlm akibat kembung
❌Anda sanggup berkejaran dgn anak untuk paksa anak makan ubat.
❌Anda rela tak pergi beraya sebab anak suka mengamuk kat rumah orang
❌Anda rasa lebih bonding jika anak bergayut di baju dan tudung anda
❌Anda sanggup tengok anak tak lena tido sebab asyik terbatuk2
❌Anda dah biasa dengar tangisan anak dan merengek sepanjang malam sebab tak lena tidur
❌Anda rela memandu ke kampung dengan keadaan serabut dalam kereta kerana anak tak nak duduk diam, anak tak relax.
❌Anda sanggup tengok baby meragam sampai tendang-tendang akibat kembung
❌Anda sanggup duduk check in setiap bulan di hospital
❌Anda tebalkan muka anak berguling menjerit san meraung di khalayak ramai (shopping mall,kenduri,masjid)
❌Anda tak kisah asyik EL  setiap bulan,sanggup dengar bos membebel pasal cuti
❌Anda rasa anak tidur 2 ke 3 pagi perkara biasa
❌Anda rela tengok baby baru lahir dalam wad jaundis. Pastu baby nangis sebab kene ambil darah everyday. Sedihnya...
❌Anda menjerit-jerit memarahi anak sebab tak dengar kata.
❌Anda sanggup duduk dlm toilet berejam-jam menemani anak membuang 'poopoo' keras!
❌Anda tegar nak marah2 dan jerit2 suruh anak tidur

Sanggup ke ibu-ibu semua??

Saturday, June 10, 2017

Balm Tasneem naturel

Anak demam, batuk dan selesema
Anak tantrum dan suka menangis
Anak tidak dapat tidur
Anak kembung, sembelit, cirit dan gastrik

Anda hadapi masalah di atas???
Hubungi http://www.wasap.my/601110785439

Wednesday, May 10, 2017

Makan Ubat : Anak Fobia, Mak Trauma

MAKAN UBAT : ANAK FOBIA, MAK TRAUMA

Suatu hari, baby saya usia 7 bulan demam. Orang kata kalau demam sikit-sikit tak perlu bagi ubat. Jadi saya biarkan. Petang tu, badan baby bertambah panas. Saya pun suapkan ubat demam.

Baby macam tak suka ubat tu. Dia menangis dan meronta-ronta. Kalaulah anda tengok adegan tu... Kesian sangat tengok dia. Macam kes dera anak pun ada. Bila dah suap ubat, suhu dia turun. Baby boleh merangkak sana sini. Bila kesan ubat hilang, panas naik balik. Kadang kita terlewat bagi ubat terutama yang tengah malam tu. Then, badan baby jadi sangat panas.

Tak tahu nak gambarkan macam mana risaunya bila suhu dia panas sangat. Nak atau tak terpaksa teruskan bagi ubat walaupun baby tak suka. Kita pun diburu rasa bersalah. Akhirnya, lepas berhari-hari, anak pun sihat.

Tapi saya trauma setiap kali anak demam. Alaa... nak kene paksa makan ubat lagi.


Hinggalah saya jumpa balm coughflu Tasneem Naturel yang
osem ni. Bukan niat nak nak mengayat atau apa-apa. Tapi hakikatnya, kalaulah anda ada masalah sama macam saya. Tak salah untuk mencuba.

Mulai hari tersebut, saya tak bagi ubat demam untuk anak dah. Kalau demam, batuk atau selesema, cuba sapu balm masa anak tidur atau jaga. Tak tahu nak cakap macam mana rasa bahagia bila tak perlu lagi paksa anak makan ubat terutama yang tengah malam tu. Boleh tidur lena tanpa risau suhu anak naik mendadak.

Alhamdulillah. Dengan izin Allah, sembuhlah penyakit anak yang kita sangat sayang dengan cara penuh kasih sayang. Sape tak sayang anak kak oii.

What's up sekarang 01110785439

Tuesday, May 9, 2017

Tadika Kuantan Termurah

Kami adalah guru tadika dan taska Madrasah Umamah Halimi.

Menjaga anak-anak tadika dan taska adalah kerja kami. Tapi kalau kami dan anak-anak ini saling menyayangi adalah satu anugerah.

Memang tengok cikgu-cikgu sayang sangat kat anak-anak kat sini. Kalau yang taska tu mesti cikgu kiss dulu sebelum balik.

Belum lagi kes parent kene pujuk anak balik rumah sebab anak-anak tak nak balik. Seronok duduk sini katanya.

Dari pagi hingga petang jaga mereka. Lepas solat asar, sempat lagi cikgu-cikgu layan anak-anak main layang-layang, berbasikal, main bola dan aktiviti lain untuk outdoor aktiviti.

Malam pula buka untuk kelas mengaji umum untuk anak-anak sekitarnya. Confirm malamnya, nyenyak tidur kami.

Kami ada surau sendiri kat sini yang mesra anak-anak. Jadi, join kami di tadika, taska, kelas mengaji @ nak solat bersama di sini. Kg rumbia, beserah kuantan.

Jaminan harga paling murah kerana bangunan sendiri tanpa menyewa dengan orang lain. Tempat pun luas dan selamat untuk aktiviti indoor dan outdoor.

Hubungi pn hana 011-10785439

Sunday, April 23, 2017

Kemalangan Kecil 25 Mac 2017

Subhanallah.sekali lagi Kali terlibat dalam kemalangan. Tiba-tiba bunyi kuat pada kereta.

"Break bi break!" Itu je ayat yang terkeluar saat ITU.

Saat saya keluar Dari kereta, Tayar belakang dah tercabut.

Tayar tergolek ke seberang Jalan.


Alhamdulillah, ramai yang membantu.

Akhirnya, dapatlah balik rumah. Tanpa ada kecederaan

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com